Chatroom

Sunday, September 16, 2012

SELAMAT HARI MALAYSIA

Monday, March 19, 2012

MESYUARAT KONVOI DAN BERKELAH DI PORT DICKSON, NEGERI SEMBILAN






Tuan/Puan,

NOTIS MESYUARAT KONVOI DAN BERKELAH DI PORT DICKSON, NEGERI SEMBILAN

Perkara di atas dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa mesyuarat tersebut akan diadakan seperti ketentuan berikut;

Tarikh : 18hb March 2012
Masa : 5.00 Petang
Tempat : R&R Awan Besar, Lebuhraya KESAS.
Pengerusi : En. Herwan B Nahari

Agenda

1. Melantik 1 orang Pencatat Minit Mesyuarat
2. Ucapan alu-aluan Presiden
3. Pengesahan Minit Mesyuarat yang lalu
4. Biro Konvoi dan Keselamatan
• Melantik 2 orang Lead
• Melantik 2 orang Sweeper
• Melantik 2 orang Marshall
5. Perancangan dan Perjalanan konvoi
• Masa dan tempat berkumpul
• Checkpoint
• Laluan, kelajuan dan jarak kenderaan
• Penetapan penggunaan Smart Tag dan Touch n Go
6. Biro Penginapan dan Kutipan
• Melantik 2 orang Penyelaras Penginapan
• Hal-hal berkaitan lokasi, bayaran dan kutipan untuk penginapan
7. Cadangan tempat-tempat yg ingin dikunjungi
8. Perkara-perkara berbangkit
• Pendaftaran Kelab dan Perlembagaan
• Yuran Tahunan
• Pembelian Walkie Talkie
• Perlantikan Jawatankuasa Peringkat Negeri (KIV)
9. Perkara-perkara baharu
• Draf Kertas Kerja Konvoi dan Riadah ke Port Dickson
• Pembukaan akaun bank kelab
• Ahli keluarga baru
• Cadangan dan usul aktiviti kelab
10. Hal-hal lain
11. Ucapan penangguhan

Kehadiran dan kerjasama semua ahli diucapkan terima kasih.


Attendance :

1. Hamsan
2. Herwan
3. Nan
4. Asrul Nizam
5. Don Saiful
6. Cikgu Rusli
7. Ahmad Khusyairi (AK74)
8. Helmi (Jintanah)
9. Abert
10. Fendy Kancil
11. Aza
12. Nazrul
13. Mat Daun
14. Mat Lije
15. Niey
16. Selamat

Thursday, March 15, 2012

Etika Konvoi

PERATURAN DAN ETIKA BERKONVOI



Konvoi berkereta di bahagikan kepada empat bahagian: * Kereta Lead * Marshall * Sweeper * Kereta Peserta



Kereta Lead

1. Lead Car harus lah menentukan had kelajuan sesebuah konvoi, dan harus sentiasa beringat tentang jarak dan bahawa ada kereta jauh di bahagian belakang sesebuah konvoi.

2. Kerap memerhati melalui cermin sisi memastikan bahawa semasa konvoi kereta tidak jarak terlalu jauh.

3. Jika menempuh terlalu banyak lampu isyarat, Ia patut berhenti di sesuatu tempat yang selamat dan tidak menggangu lalu lintas sementara menunggu untuk mengumpulkan konvoi semula.

4. Sentiasa memberikan isyarat jika menukar arah.

5. Memberitahu konvoi di mana akan berlepas dan berhenti atau konvoi disediakan dengan peta.



Sweeper

1. Sentiasa berhubung pandang dengan kereta Lead (Jika Perlu).

2. Menggunakan hubungan 2 hala (Walkie Talkie) untuk menghubungi Kereta Lead.

3. Jika Kereta Lead memberikan isyarat memotong kepada kereta lain. Biarkan kereta yg tidak dalam konvoi unutk memotong dalam keadaan selamat di samping tidak menganggu konvoi.

4. Hubungi kereta Lead jika kereta di belakang ingin bergerak laju dalam sesuatu keadaan kecemasan.



Marshall

1. Berada di tengah2 semasa konvoi.

2. Akan keluar dari konvoi (atau boleh berada di mana2 untuk memastikan konvoi dalam satu kumpulan.

3. Membantu konvoi berjalan lancar di suatu persimpangan.

4. Memastikan konvoi tersusun.



Kereta Peserta

1. Tidak di benarkan memotong kecuali jika ada kecemasan.

2. Memerhatikan kereta lead jika ingin memotong (gunakan isyarat)

3. menjarakkan antara kereta di depan dalam keadaan selamat dan selesa

4. Tidak membiarkan kereta di hadapan terkeluar dari susunan.

5. Flash kan lampu jika ada kecemasan.









1) Perkara Am

Sebelum berkonvoi Buat pemeriksaan ke atas kereta anda spt memasti kan semua minyak cukup , tekanan tayar dan lain2 dalam keadaan baik. Datang ke tempat permulaan konvoi dan sentiasa dengar penerangan yang diberikan tentang perjalanan dan destinasi konvoi tersebut. Sentiasa bersedia untuk berlepas dengan minyak yang cukup di dalam tangki kereta anda. Jika anda ingin mengubah haluan ke tempat lain atau ingin mengakhiri konvoi dapat lah sekiranya memberitahu kereta Lead, Marshall atau petugas yang lain. Ini supaya tidak mengelirukan peserta yang lain yag mmungkin menyebabkan mereka akan mengikuti peserta yang tidak menyertai konvoi dalam sesuatu keadaan.



2) Menyalakan lampu

Semasa waktu siang nyalakan lampu kecil dan lampu fog anda. Semasa waktu malam nyalakan headlight dan fog light anda. Ini akan memberitahu kepada pengguna yang lain apa yang terjadi. Peserta lain dapat mengenali anda dengan menyalakan lampu serta tahu bahawa anda dalam konvoi yang sama.Ini memudahkan Jika salah seorang peserta konvoi dalam kecemasan ( memberhentikan/memperlahankan kereta maka anda dapat melihat dan mengesahkan itu ada lah salah seorang peserta konvoi dengan menggunakan cermin sisi.



3) Jangan mengekori di belakang kereta terlalu dekat

Jangan mengikut kereta di hadapan terlalu dekat dan dengan kelajuan yang maksima. Ini amat lah merbahaya. Sentiasa pastikan anda di jarak yang selesa dan selamat.





4) Membenarkan kenderaan Lain Mencelah

Selalunya , Peserta di dalam konvoi tidak membenarkan kenderaan mencelah atau memasuki susunan konvoi. Walau bagaimana pun konvoi sebenarnya membenarkan kenderaan lain keluar masuk dari susunan konvoi. Kebiasaannya kenderaan bukan peserta suka mengugut , menakut nakutkan peserta di dalam konvoi atau inginkan keistimewaan mungkin kerana pandangan pemandu yang tidak jelas dan ingin kan jalan yang tiada gangguan. Peserta konvoi haruslah mempunyai sikap sabar dan timbang rasa untuk membiarkan mereka memotong, melepasi konvoi kita dalam sesuatu keadaan yang sukar. Seharusnya dengan begitu konvoi kita teratur dan tidak mendatang kan emosi sekaligus dapat mengelakkan kejadian yang tak diingini.



5) Kereta Lead sentiasa bertanggungjawab memastikan kelajuan.

Ia adalah amat sukar tetapi amat mudah untuk membiarkan peserta memecut kelajuan dengan sesuka hati. Ini kerana di dalam konvoi ada berbagai sikap pemandu dan jkemampuan kereta peserta. Tidak di nafikan akan adanya yang berkata konvoi terlalu laju atau terlalu perlahan. Cuba pastikan kereta anda masih di dalam susunn konvoi tanpa mengganggu lalulintas yang lain. Ini dapat mengurangkan atau tidak ada potong memotong antara satu sama lain semasa berkonvoi. Ini adalah sikap peserta sendiri bertanggungjawab memastikan kereta di belakang , di sisi berada dalam susunan.Jika kereta di belakang perlahan. Pasti kan peserta tidak meninggalkan kereta terlalu jauh ( perlahan kan juga kenderaan anda). Maka konvoi tidak akan terputus. Jangan memecut laju dan meninggalkan Susunan konvoi untuk keselesaan memecut atau cuba mengikuti, mencabar kenderaan lain yang cuba mengganggu konvoi. Adalah lebih baik membiarkan kenderaan itu berlalu dan anda kembali kepada susunan konvoi.



6) Berlaku Kecemasan atau Masalah.

Jika ada berlaku masalah atau kecemasan, tiada sesiapa peserta konvoi berhenti melainkan kereta SWEEPER sahaja. Sweeper akan memastikan keadaan terkawal dan konvoi haruslah meneruskan perjalanan sehingga suatu tempat yang dibenarkan berhenti dan selamat. Ini kerana satu susunan konvoi jika berhenti juga untuk memberikan pertolongan ( atas sikap ingin menolong) mudah mengundang kemalangan terutama di jalan yang sibuk.



7) Tenang Kadangkala tidak semua seperti yang dirancangkan akan sukses.

Kebiasaannya peserta di dalam konvoi mengharapkan atau menjangkakan sesuatu yang baik dan menggembirakan untuk agenda2 yang dirancang apabila sampai ke destinasi. Adalah amat penting untuk peserta dalam keadaan sabar , tenang, selesa dan sedia menghadapi kemungkinan seperti perjalanan menjadi lambat kerana kesesakan lalulintas dan tergelincir dari jadual sebenar.



8) Keluar / masuk Lebuhraya

Ada yang menggunakan Touch N Go , Tag dan tunai. Walau apa cara sekalipun anda membayar sentiasalah memperlahankan kenderaan anda dan berhenti di belakang kereta Lead di tepi dan menhidupkan lampu hazard (double signal). Jangan keluar daripada kereta. Tunggu sehingga semua berada di susunan semula (SWEEPER akan memastikan susunan ini) . Matikan double signal dan berikan signal perlahan lahan masuk ke lane perlahan unutk meneruskan perjalanan.



9) Memotong Memotong adalah dibenarkan pada keadaan yang selamat dan tidak melanggar undang2 jalanraya. Jangan memotong pada garisan berkembar atau tidak pasti keadaan jalan dari arah bertentangan. Dalam sesuatu konvoi jika peserta atau kenderaan bukan peserta ingin memotong, biarkan ia memotong dan anda jangan terlalu rapat dengan kereta hadapan dan menyebabkan kereta yang memotong anda dalam keadaan yang bahaya.
Contribute by Abert

Thursday, March 8, 2012

update






Item 1: Spare Tank RM150
2: Cable Plug (satu aje) : RM90

TAHNIAH

Tahniah.....
Mazda Premacy Club Malaysia...

Sunday, January 15, 2012

RIADAH MPC










Tarikh : 22hb Jan 2012 (Ahad)
Tempat : Restu Ibu Resort, Kampung Kalong, Ulu Yam Bharu, Selangor
Masa : 8.00pg-4.00ptg
Bayaran : RM30.00 sekeluarga
SILA SAHKAN PENYERTAAN ANDA SEGERA AGAR MEMUDAHKAN PENEMPAHAN & PERSIAPAN. KERJASAMA ANDA AMAT DIHARGAI. TERIMA KASIH.

BBQ dan POTLUCK
Tentatif Program:

7.00-8.00pg: Pergerakan ahli-ahli MPC dr rumah ke Bandar Baru Selayang
8.00-9.00pg: Berkumpul di Petronas Bdr Baru Selayang
9.00pg : Konvoi ke Restu Ibu Resort
: Pendaftaran kehadiran
: Ucapan alu-aluan Presiden
: Sesi suai kenal semua ahli keluarga MPC (wajib saling kenal
mengenal semuanya baru n lama)
: BBQ dan Potluck
1.30ptg : Solat zohor berjemaah
2.30ptg : Ucapan @ kata-kata perangsang dr wakil setiap keluarga
3.00ptg : Sesi bergambar
4.00ptg : Bersurai

Aktiviti:
1. BBQ n Potluck
2. Mandi Manda
3. Suaikenal ahli n keluarga MPC
4. Sesi fotografi

Friday, January 13, 2012

CENTRAL TT & KLINIK KERETA



Tarikh : 14 Januari 2012
Masa : 8 Malam
Venue :R&R Awan Besar

Semua pemilik Mazda Premacy dijemput hadir & akan diadakan
Klinik Kereta oleh Bro Herwan. Bayaran tertakluk pada kerosakan kereta.

Laporan TT Awan Besar :


Kehadiran :
1) Hamsan
2) Nan
3) Herwan
4) Helmi
5) Mat Lije
6) Selamat
7) Rohaizul
8) Don
9) Aza
10) Rosli
11) Sharel

Cadangan aktiviti :
1) BBQ di Ulu Yam
2) Gathering Kuantan (2D 1N)
3) Bowling Tournament
4) Makan Malam di Bagan Lalang (santai)

Klinik Premacy - En Herwan telah membawa peralatan untuk menguji / diagnose Premacy member2...mmg bermanafaat. Terima Kasih pada semua yang memberikan kerjasama...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

MEMORY REMAINS.....