2010 - 2014 ( 4 Tahun Penubuhan MPCM )
Assalamualaikum.
Walaupun bergerak agak perlahan namun MPCM sudah berjaya bertahan
sehingga hari ini. Bagi saya group MPCM mmg banyak membantu terutama
apabila mengalami masalah atau ketika duka.
Walaupun kita tiada apa apa
syarat yuran dan komitmen tetapi sudah cukup bermakna kerana saya sudah
alami sendiri faedah dan manfaatnya. Terhibur mengisi masa lapang
bersembang kosong joke dan sebagainya adakah itu menjadi masalah
sehingga kita sanggup memutuskan hubungan silaturrahim sesama kita.
Kita
bukan ramai sgt macam group kereta jenama popular jadi marilah kita
bersatu hati tak kira kita masih pakai premacy atau sudah tidak lagi
memandu premacy. MPCM bukanlah nak minta komitmen sepenuhnya sehingga
terpaksa korban perkara lain yang lebih penting.
Duit..masa...kereta itu
hak anda pilihan ditangan anda. Kenapa kita nak bandingkan dengan group
lain yang ahli ramai adakah ianya perlu kita tiru apa mereka lakukan.
Group yang aktif besar aktiviti kerap pun akhirnya terkubur juga.
Untuk
semua yang masih memberi sokongan kepada MPCM terima kasih.
Dari : Vice President MPCM...( Bro Mizi )
No comments:
Post a Comment