8.00 pagi (1 Mei 2010)
Datang dari Penang Mizi sekeluarga selamat tiba di Tol Simpang Pulai tepat jam 11.00 pagi. Hamsan dan Niey telah bertolak naik ke Cameron. Keadaan di tol Simpang Pulai mengalami kesesakan yang agak teruk. Geng Central Nan, Nik, Mona, Sharel dan Hasrol berkumpul di Sg Buluh gerak secara konvoi ke Simpang Pulai.
12.00 tengahari
Mizi dah menunggu di gerai tengah menjamu selera makan tengahari. Kintaro masih di belakang. Deez sedang mendaki dari arah Gua Musang.
1.15 petang
Tiba Kg Raja berhenti sambil menunggu Deez dan Kintaro, Hamsan dan Niey dah pun sedap melayan tilam di bilik hotel Brinchang. Aktiviti membeli belah produk coco dan minum petang.
2.00 petang
Bergerak menuju ke Brincang setelah Dezz dan Kintaro tiba. Bermula babak yang tak dijangka (kesesakan teruk) perjalanan dari Kg Raja yang biasanya Cuma 30 minit menjadi 5 jam untuk sampai ke Brincang hingga ada yang mengambil keputusan berpatah balik, tetapi oleh kerana kecekapan ahli club dan semangat setia kawan berjaya Block …hehhe.
7.00 malam
Tiba di perkarangan Hotel Brincang berlaku lagi kesukaran mencari tempat parking, tetapi oleh kerana kecekapan dan bantuan semua terutama Nan yang terkenal dengan parking boy dengan tuala di tengkuk berjaya menyusun dan mendapatkan tempat parking yang sesuai dan berdekatan dengan tangga hotel.
8.00 malam
Selesai Rehat dan Solat semua bergerak ke Pasar Malam Brincang yang terkenal dengan sayur2 dan buah-buahan segar serta bundle baju sejuk yg banyak terdapat disitu..pujuk isteri masing masing setelah berkorban mengharungi JEM tadi. Kalau tak pujuk tak lemazzz la malam tu.
10.00 malam
Mizi dilantik sebagai MC untuk menendalikan acara penyerahan cenderamata (TQ Kitaro) dan juga sambutan ulang tahun perkahwinan Sharel dan Isteri dan Nan n Isteri (TQ Hamsan sponser Kek)
11.30 malam
Acara NGETEH sampai pukul 1.00 pagi. Hilang letih Jem tadi bila dapat sembang-sembang sambil menghirup teh Cameron. Nik MOC bersetuju untuk menjadikan MPC sebahagian dari MOC (TQ Nik)
1.30 pagi
LEMAZZZZZZZZZZZZZ
9.30 pagi (2 Mei 2010)
Acara lawatan serta membeli belah di tempat-tempat terplih, terpaksa menghadkan tempat lawatan kerana kesesakan yang teruk juga berlaku pada pagi ni. Kepada yang tak puas meronda lepas ni kena datang semula.
12.30 tghari
Sampai ke Bharat tea plantation lepak situ sambil menghirup teh. Nan cekap mencari parking walaupun tempat parking terhad tetapi kesemua premacy dapat meletakkan kenderaan masing2 dengan selamat. Acara bergambar dengan susunan kereta yg menarik..Tabik kat Parking Boy tuala di tengkuk..heheh.
3.00 ptg
Bertolak pulang..Deez terpaksa mengharungi sekali lagi kesesakan untuk sampai ke Kg Raja sbb terpaksa menggunakan jalan tersebut untuk ke Gua Musang. Selebihnya menggunakan laluan lama Tapah. Sempat berhenti gerai orang asli kerana terpesona dengan tongkat ali yg dijual. Berpisah di Tapah…Mizi ke utara…SELAMAT JALAN
TAHNIAH kepada semua ahli yang menjayakan Gathering kali pertama ini..Insyaalah jumpa pada Gathering ke-2 nanti……………..
2 comments:
tq mizi for posting the report...
bagos la korang sume semangat setia kawan..sgt kagum ngan uols.. so keep in touch. :)
Post a Comment